Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Gangguan bekalan air di Shah Alam dan Klang pulih 24 jam


Tarikh kemaskini: 26/06/2019





SHAH ALAM, 26 Jun (Bernama) -- Gangguan bekalan air di 31 kawasan sekitar Shah Alam dan Klang sejak awal pagi tadi, akibat kebocoran paip utama berhampiran Dataran Automobil di Seksyen 15 di sini, akan pulih sepenuhnya dalam tempoh 24 jam.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor),  Abdul Raof Ahmad berkata ia susulan kerja pembaikan paip bersaiz 1,050mm telah siap dilakukan pada 7 malam tadi.

"Bekalan sistem utama telah diaktifkan bagi proses pemulihan berperingkat dan pihak kami menyasarkan pemulihan keseluruhan kawasan adalah dalam tempoh 24 jam.

"Bantuan lori-lori tangki air akan terus digerakkan di tiga Pusat Khidmat Setempat (PKS) iaitu di Taman Rakyat, Jalan Tun Dr. Ismail dan Bandar Parklands serta Kompleks Sukan Pandamaran di Klang, sehingga bekalan pulih sepenuhnya," katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Beliau berkata kerjasama pengguna sepanjang tempoh pemulihan itu amat dihargai dan pihak Air Selangor akan berusaha mempercepatkan proses pemulihan bekalan air di kawasan terjejas.

Abdul Raof berkata sebarang pertanyaan dan maklumat terkini, pengguna boleh menghubungi Air Selangor di 15300 dan laman sesawang www.syabas.com.my.

Terdahulu, Air Selangor dalam kenyataan pagi tadi memaklumkan kebocoran paip utama itu telah mengakibatkan pengurangan air sebanyak 70 juta liter sehari ke Kolam Air Lipat Kajang.

Kebocoran paip tersebut dikesan berpunca daripada kerja-kerja pihak ketiga sehingga menyebabkan 99,454 pengguna terjejas.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel