Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Peruntukan RM451,678 bagi atasi masalah banjir - Exco


Tarikh kemaskini: 26/06/2019





SEREMBAN, 26 Jun (Bernama) -- Peruntukan sebanyak RM451,678 untuk membaik pulih dan membina longkang baharu di sebelah Jalan Pajam ke Mantin yang berada di hadapan Kampung Gebok, bagi mengatasi masalah banjir, kemalangan dan kesesakan jalan, kata Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Nilai, J. Arul Kumar.

Arul yang juga Pengerusi Jawatankuasa bertindak Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam berkata peruntukan tersebut diluluskan Jabatan Kerja Raya (JKR) susulan aduan yang telah diberikan oleh pihaknya dengan Ahli Majlis Perbandaran Nilai kawasan Mantin Yogeswaran.

"Sebelum ini kawasan tersebut kerap berlaku banjir kerana tiada sistem pengairan atau longkang yang baik sehingga menyebabkan air bertakung di atas jalan dan tidak dapat mengalir ke sungai.

"Keadaan ini menyebabkan berlaku kesesakan jalan, kemalangan dan juga beberapa rumah berdekatan kawasan tersebut mengalami banjir," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, selepas pembinaan longkang baharu tersebut, air yang datang daripada atas dapat mengalir terus ke longkang besar dan tidak berlaku lagi banjir di jalan dan rumah.

“Ia (kerja-kerja membaik pulih dan membina baru longkang) ini mengambil masa selama lapan minggu,” katanya. 

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel