Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Seorang lagi Orang Asli disahkan positif campak


Tarikh kemaskini: 26/06/2019





KUALA TERENGGANU, 26 Jun (Bernama) -- Seorang lagi pesakit Orang Asli yang sedang menerima rawatan di Hospital Hulu Terengganu di Kuala Berang, disahkan positif demam campak atau measles.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr Mohd Jusoh berkata, ini menjadikan 11 jumlah keseluruhan Orang Asli yang positif wabak itu di negeri ini setakat ini.

"Pesakit lelaki itu berusia 40 tahun dan telah melawat rakannya yang sakit di Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan semasa Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Sejak 12 Jun, Hospital Hulu Terengganu telah menerima kemasukan 14 pesakit Orang Asli yang berkaitan demam campak yang mana 11 pesakit positif demam campak, dua disahkan negatif manakala seorang lagi pesakit masih menunggu keputusan makmal.

Dr Mohd berkata setakat ini 11 pesakit telah dibenarkan pulang manakala tiga lagi iaitu dua orang positif demam campak dan seorang lagi menunggu keputusan makmal, masih dirawat di hospital. 

"Ketika ini, hanya tiga pesakit Orang Asli masih dirawat di hospital tersebut dan kesemua mereka dilaporkan stabil," katanya. 

Terengganu mempunyai empat perkampungan Orang Asli di tiga daerah iaitu dua di Hulu Terengganu manakala yang lainnya di Besut dan Kemaman

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel