Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

269 pegawai, anggota polis Johor bertugas 24 jam di Pasir Gudang


Tarikh kemaskini: 26/06/2019





JOHOR BAHRU, 26 Jun (Bernama) -- Polis Johor telah menugaskan seramai 269 pegawai dan anggotanya 24 jam setiap hari khas untuk operasi di Pasir Gudang, dekat sini dalam usaha mencegah usaha membawa keluar sebarang sisa kimia yang disyaki menyebabkan pencemaran secara runcit.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata bilangan anggota itu termasuk untuk mengadakan sekatan jalan raya dan membuat rondaan mencegah jenayah.

“Untuk road block (sekatan jalan raya) sahaja untuk sehari, kita diperlukan 60 orang.

“Setakat ini kita tidak terkesan, apapun mungkin kerana kita sudah ambil tindakan awal pada parameter yang ditetapkan supaya tiada siapa yang boleh meloloskan diri dengan sisa-sisa bahan apapun,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun, Mohd Khalil berkata tindakan pantas agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) Johor dan Jabatan Alam Sekitar untuk menangani kes pencemaran di Pasir Gudang nampaknya mendatangkan hasil.

Mohd Khalil berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis penghargaan sempena pertukaran beliau ke Bukit Aman, anjuran bersama Persatuan Polis Bantuan Kontinjen Johor dan seluruh agensi Polis Bantuan negeri Johor.

Beliau dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik mulai 15 Julai ini.

Mohd Khalil menjadi Ketua Polis Johor selepas mengambil alih tugas daripada Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd pada Ogos 2017.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diarahkan untuk membuat sekatan jalan raya di Pasir Gudang dan kawasan sekitarnya bagi memastikan tidak berlaku aktiviti membawa keluar sisa toksik secara runcit oleh industri.

Arahan itu dikeluarkan sebagai langkah berjaga-jaga ekoran insiden sesak nafas dan muntah membabitkan murid dan pelajar dari beberapa sekolah di kawasan itu, sejak Khamis lepas (20 Jun).

-- BERNAMA  

 


 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel