Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pelajar dan guru cemas termometer pecah


Tarikh kemaskini: 26/06/2019





MELAKA, 26 Jun (Bernama) -- Beberapa pelajar dan guru Sekolah Rendah Islam Seri Ar-Rahmah Solok Gaung dekat sini cemas apabila termometer yang digunakan untuk ujian makmal pecah sehingga mengakibatkan tumpahan raksa.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pihak sekolah pada 12.17 tengah hari sebelum enam anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat bergegas ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi pada 12.28 tengah hari, pemeriksaan mendapati terdapat tumpahan raksa akibat satu batang termometer pecah dan pihak bomba mengguna peralatan khas untuk melakukan kerja-kerja pembersihan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata, 14 pelajar berumur antara lapan hingga 11 tahun terlibat dan enam daripadanya dihantar ke Klinik Ayer Molek untuk mendapat rawatan lanjut setelah mengadu mengalami rasa mual dan pening.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

OKU mengaku tidak salah lakukan amang seksual terhadap anak kandung

 
     

Anggota JPJ Terengganu menyamar penumpang bas ekspres

 
     

Kedah perkasa kedudukan dalam industri kertas teknologi hijau

 
     

Wabak coronavirus tidak jejas tahun melawat Johor -- Exco pelancongan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel