Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jurulatih PKNP FC mahu pemain beri tumpuan penuh, keluar dari kedudukan tercorot Liga Super


Tarikh kemaskini: 26/06/2019





LUMUT, 26 Jun (Bernama) -- Jurulatih Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC), Abu Bakar Fadzim mahu supaya pemainnya kekal memberikan tumpuan pada baki perlawanan Liga Super sekaligus keluar dari kelompok kedudukan tercorot.

Abu Bakar berkata beliau yakin anak buahnya mampu mengekalkan momentum dan memberikan saingan dalam memastikan pasukan tidak tersingkir dari Liga Super pada musim hadapan.

”Ini kita dapat lihat pada aksi menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC) yang berada di kedudukan atas kita dan kita masih mampu memperolehi mata,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan menentang PKNS malam tadi.

Pada perlawanan malam tadi, PKNP mengutip satu mata dengan PKNS FC selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam perlawanan di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, di sini.

Abu Bakar berkata PKNP yang kini berada pada kedudukan kedua tercorot selepas pasukan Kuala Lumpur mempunyai empat baki perlawanan iaitu menentang Kedah, Melaka, Felda United dan Petaling Jaya (PJ) City. 

"Kita akan memberikan fokus sepenuhnya dan pemain pun faham dan mahu menghasilkan sesuatu untuk memastikan pasukan berada di kelompok 10 teratas bagi mengelak dari tersingkir Liga Super,” katanya

Sementara itu, pengendali PKNS, Datuk K. Rajagobal berkata beliau mahu meningkatkan kualiti benteng pertahanan pasukan itu bagi mengurangkan gawang gol pasukan itu bolos pada perlawanan seterusnya.

“Baru- baru ini kita lihat pertahanan kita tidak berapa disiplin dan kita masih perlu beri perhatian pada benteng pertahanan, apa-apa pun saya amat berpuas hati dengan persembahan anak buah saya,” katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel