Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerjasama KPDNHEP dan PGA7 bongkar kegiatan pemborong di sempadan


Tarikh kemaskini: 26/06/2019





PASIR MAS, 26 Jun (Bernama) -- Operasi Bersepadu antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersama Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) di sempadan Malaysia-Thailand semalam berjaya membongkar kegiatan sebuah premis pemborong yang disyaki menjual barangan kawalan kepada warganegara jiran.

Pengarah Pejabat KPDNHEP Kelantan Adnan Abd Rahman berkata, premis berkenaan yang terletak di pekan Rantau Panjang disyaki menyimpan barangan kawalan melebihi had kuantiti yang dibenarkan selain menjualnya kepada warga asing.

Beliau berkata serbuan ke premis itu dilakukan susulan penahanan sebuah pacuan empat roda milik warganegara jiran di pintu keluar Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQS) Rantau Panjang pada 12 tengah hari sebelum itu.

Katanya, ketika ditahan kenderaan bernombor pendaftaran negara jiran itu sudah hampir keluar ke Thailand dan pemeriksaan yang dijalankan pihak berkuasa menemukan sebanyak 1,105 kilogram (kg) minyak masak dan 240kg tepung gandum disembunyikan di dalam kenderaan itu.

"Kita percaya kesemua barangan kawalan itu akan dijual semula di negara jiran dengan harga yang lebih mahal.

"Kita menahan pemandu yang juga pemilik barangan berkenaan iaitu seorang warganegara jiran berumur 40-an untuk diambil keterangan," katanya kepada pemberita pada sidang media di Markas Taktikal PGA Briged Tenggara di sini.

Hadir sama, Pegawai Pemerintah PGA7, Supt Azhari Nusi yang turut mengetuai operasi berkenaan bermula pukul 10 pagi hingga 5 petang semalam.

Adnan berkata susulan penahanan lelaki dan kenderaan berkenaan, pihaknya bersama anggota PGA7 kemudiannya telah membuat pemeriksaan di sebuah premis pemborong yang disyaki kira-kira pukul 1.15 tengah hari.

"Hasil pemeriksaan beberapa kesalahan telah dikesan iaitu menyimpan barang kawalan melebihi had, menjual barang kawalan kepada individu tidak berlesen dan gagal menyelenggara buku stok dengan lengkap.

"Perbuatan itu adalah satu kesalahan di bawah Peraturan 9(1), Peraturan 9(2) dan Peraturan 13(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974. Jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 22 Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.

Katanya bagi kesalahan itu individu yang terlibat boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM1 juta atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun dan bagi syarikat boleh didenda sehingga RM2 juta.

Adnan berkata dalam Operasi Bersepadu yang dijalankan itu, sejumlah 6,985kg minyak masak dan 240kg tepung gandum yang kesemuanya bernilai RM59,336.50 telah dirampas.

Menurut Adnan, KPDNHEP Kelantan akan terus bekerjasama dengan agensi penguat kuasa sempadan bagi memastikan subsidi yang diperuntukkan kerajaan dinikmati okeh rakyat negara ini dan tidak berlaku ketirisan yang merugikan kerajaan.

"Jika ada peniaga yang tidak mematuhi undang-undang berkenaan skim ini pengguna boleh menyalurkan aduan kepada KPDNHEP melalui portal e-aduan@kpdnhep.gov.my atau menghantar aduan melalui aplikasi WhatsApp ke 019-2794317 atau hadir ke mana-mana pejabat KPDNHEP di Kelantan," katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel