34-mafkPcsw Akar tunjang pokok sukarkan usaha keluarkan mangsa tanah runtuh
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Akar tunjang pokok sukarkan usaha keluarkan mangsa tanah runtuh


Tarikh kemaskini: 26/06/2019





GEORGE TOWN, 26 Jun (Bernama) -- Usaha mengeluarkan tiga mayat mangsa kejadian tanah runtuh yang berlaku berdekatan sebuah pusat peranginan di Jalan Tanjung Bungah malam tadi mengalami kesukaran disebabkan akar tunjang pokok yang menghalang perjalanan operasi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang berkata usaha giat dilakukan untuk memotong akar tunjang pokok itu bagi membolehkan mayat mangsa yang ditemui dikeluarkan.

“Usaha mengeluarkan mangsa-mangsa yang sudah dijumpai sedang giat dijalankan selain mencari seorang lagi mangsa yang terlibat dalam kejadian ini,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Sehingga 2 pagi ini, ketiga-tiga mayat mangsa warga Myanmar yang sudah ditemukan masih belum dapat dikeluarkan.

Empat pekerja Myanmar berkenaan dilaporkan digaji pemilik pusat peranginan itu untuk membaiki tembok penahan di kawasan itu susulan pergerakan tanah yang berlaku di kawasan itu sejak seminggu lepas, menurut polis.

“Operasi mencari dan menyelamat ini akan diteruskan sehingga kesemua mangsa dapat ditemui dan dikeluarkan untuk dihantar ke Hospital Pulau Pinang bagi proses bedah siasat,” kata Che Zaimani.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel