Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tanah runtuh: Mayat ketiga ditemui


Tarikh kemaskini: 26/06/2019





GEORGE TOWN, 26 Jun (Bernama) -- Satu lagi mangsa kejadian tanah runtuh di tapak binaan tembok penahan tanah  di Jalan Batu Ferringhi, Tanjung Bungah dekat sini ditemui 12.15 tengah malam tadi, kata Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang.

Ini menjadikan tiga mangsa setakat ini ditemui susulan kejadian yang berlaku berhampiran sebuah pusat peranginan pada 9.25 malam hari Selasa.

 Ketiga-tiga mangsa merupakan antara empat pekerja warga Myanmar yang dilaporkan digaji pemilik pusat peranginan itu untuk membaiki tembok penahan susulan pergerakan tanah yang dikesan di kawasan itu.

“Pemilik pusat peranginan mengesahkan ada berlaku pergerakan tanah di tebing jalan berdekatan sejak seminggu lepas,” kata Che Zaimani kepada pemberita di lokasi kejadian. 

Mayat pertama dan kedua masing-masing ditemui kira-kira 11.15 malam dan 12 tengah malam tadi.

Katanya usaha untuk mengeluarkan kesemua mayat yang dijumpai dan mencari satu lagi mangsa masih diteruskan.

Che Zaimani berkata kesemua mayat akan dihantar Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel