Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Empat warga asing cedera pelantar bangunan runtuh


Tarikh kemaskini: 25/06/2019





KUALA LUMPUR,  25 Jun (Bernama) -- Empat pekerja warga asing dilaporkan cedera selepas pelantar bangunan yang sedang dalam pembinaan di Wangsa Maju di sini, runtuh malam ini.

Pegawai Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur Kapten Shahrul Kamar Mohd Johari berkata empat warganegara Bangladesh berusia 23 hingga 31 tahun itu dikatakan sedang bekerja ketika pelantar setinggi 13 meter itu runtuh.

"Kami menerima maklumat berhubung kejadian di tapak pembinaan pangsapuri itu pada kira-kira 9 malam dan tiba di lokasi 10 minit kemudian," katanya ketika dihubungi Bernama berhubung insiden di Jalan Wangsa Delima 8 itu.

Shahrul Kamar berkata mangsa dibawa keluar kira-kira satu jam kemudian dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel