Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tanah runtuh: Empat pekerja Myanmar maut tertimbus


Tarikh kemaskini: 25/06/2019





GEORGE TOWN, 25 Jun (Bernama) -- Empat orang pekerja warga Myanmar dipercayai maut setelah tertimbus dalam satu kejadian tanah runtuh yang berlaku di sebuah tapak pembinaan di Jalan Tanjung Bungah dekat sini, malam ini.

Pengarah Bomba Pulau Pinang Saadon Mokhtar yang mengesahkan kejadian itu berkata operasi mencari dan menyelamat diaktifkan jabatan itu dengan penglibatan polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia selepas laporan berhubung insiden itu diterima kira-kira pukul 9.25 malam ini.

“Setakat ini kita sudah menemui lokasi mangsa-mangsa di bawah timbunan tanah kira-kira 15 kaki dalam dan usaha mengeluarkan mereka sedang dilakukan,”  katanya ketika dihubungi.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     

Ibu mati, anak OKU dijumpai dahaga lapar dalam rumah di Skudai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel