Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pasar Kraftangan Asli Sabah jadi landasan wanita komuniti luar bandar pasar produk kraftangan


Tarikh kemaskini: 25/06/2019





KOTA KINABALU, 25 Jun (Bernama) -- Penganjuran Pasar Kraftangan Asli Sabah yang diinisiatifkan oleh sebuah pusat peranginan di Pantai Dalit Tuaran dekat sini dapat memberi peluang kepada komuniti wanita luar bandar memasarkan produk kraftangan mereka dan seterusnya menjana pendapatan.

Pasar kraftangan itu diadakan semalam untuk kali kedua selepas kali pertama pada April lepas di Shangri-La Rasa Ria Resort bersempena kehadiran 800 pelancong dari China yang menyertai acara insentif korporat sebuah syarikat penjagaan kulit berpangkalan di Shanghai.

Antara yang diberi peluang memasarkan produk kraftangan adalah yang dihasilkan wanita dari komuniti luar bandar dibawah Pacos Trust, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berpangkalan di Penampang.

Ketua Program Pendidikan Komuniti Norizah Stephen menyifatkan penganjuran pasar kraftangan itu merupakan satu inisiatif sangat baik dalam mempromosi dan menjual produk kraftangan yang dihasilkan oleh komuniti luar bandar.

Katanya ia selari dengan usaha Pacos Trust untuk mempelbagai cara memasarkan produk dan mempromosi hasil kraftangan yang dihasilkan oleh golongan wanita di luar bandar.  

"Pada pasar kraftangan ini, hasil produk kraftangan yang dibawa seperti yang dicadangkan oleh pihak Rasa Ria bagi  menepati kesukaan pelancong dari China," katanya ketika ditemui Bernama pada penganjuran pasar kraftangan itu yang diadakan bermula jam 5 petang hingga 9 malam.

Katanya produk kraftangan luar bandar yang dijual pada pasar kraftangan dari produk kaum Bajau Kota Belud, Rungus Pitas, Dusun Ranau dan Murut Tenom.

Antara produk tersebut adalah  gelang dan rantai diperbuat dari manik, kain tenunan, bakul diperbuat daripada rotan dan dompet diperbuat daripada plastik terpakai, selain produk makanan organik berupa kacang dan halia.

Sebanyak 10 gerai kraftangan dan makan tempatan menyertai pasar kraftangan itu. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Wakil jabatan audit mengaku rakam mesyuarat "pinda laporan audit 1MDB"

 
     

Pasukan audit 1MDB terkejut dengar gugur penyata kewangan - Saksi

 
     

Johor umum bantuan khas kewangan sebulan gaji buat penjawat awam negeri

 
     

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel