Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Operasi fasa lima antirabies dari 31 Julai hingga 4 Ogos


Tarikh kemaskini: 25/06/2019





KUCHING, 25 Jun (Bernama) -- Fasa kelima Operasi Antirabies untuk Daerah Sri Aman, Lubok Antu dan Betong akan bermula serentak dari 31 Julai hingga 4 Ogos, kata Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, berkata pelalian percuma akan  diberi sepanjang tempoh itu di rumah-rumah panjang mulai pukul 4 petang. 

Beliau mengumumkan perkara itu hari ini semasa mempengerusikan mesyuarat post mortem operasi antirabies yang dilaksanakan di Daerah Serian dan Simunjan dari 20 hingga 24 Jun lepas.

Sementara itu, beliau berkata operasi di Serian dan Simunjan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan atau halangan daripada individu atau organisasi.  

Di Daerah Serian, 13,158 anjing (atau 87 peratus) daripada jumlah anggaran keseluruhan 15,000 anjing di sana telah diberikan pelalian. 

Semasa operasi di sana, sejumlah 605 anjing dan 21 kucing tidak bertuan ditakai.

Di Daerah Simunjan pula, 2,412 anjing (atau 92 peratus) daripada jumlah anggaran keseluruhan 2,600 haiwan itu telah diberi pelalian. 

Sejumlah 253 anjing dan dua kucing tidak bertuan turut ditakai.

Uggah berkata kejayaan operasi itu adalah hasil peningkatan kesedaran orang ramai bahawa operasi itu adalah untuk manfaat mereka dan mereka perlu memainkan peranan dalam mencegah dan membasmi rabies.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Seksyen 5 tol WCE dibuka mulai 10 malam ini

 
     

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel