Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lynas akan kitar semula sisa WLP


Tarikh kemaskini: 25/06/2019




KUANTAN,  25 Jun (Bernama) --  Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) akan mengitar semula sisa  penulenan larutan airnya  (WLP) sambil menunggu kemudahan pelupusannya di Australia disiapkan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Amanda Lacaze berkata ini adalah selaras dengan syarat pelesenan Lynas dan penyelidikan menunjukkan ia boleh digunakan sebagai baja dan pemerbaik tanah.

"Penyelidikan menunjukkan bahawa WLP boleh dirumuskan ke dalam produk pemerbaik tanah. Ini telah dilakukan di bawah pengawasan pelbagai pihak berkuasa kawal selia.

"Kami  yakin ini akan menjadi penggunaan terbaik bagi bahan itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumah terbuka Hari Raya Lynas di kilangnya di Gebeng di sini, hari ini.

Lacaze berkata proses kitar semula itu juga akan memastikan WLP tidak akan menyaratkan  loji itu sementara syarikat itu membuka kemudahan pelupusan kekal  (PDF) di Pahang.

Beliau menambah bahawa kerajaan negeri telah meluluskan tapak untuk PDF, tetapi lokasi yang tepat belum dimaklumkan.

Lacaze juga memberi jaminan bahawa komitmen Lynas di Malaysia tidak akan terjejas dengan rancangan mereka untuk memindahkan beberapa operasi ke Australia.

"Kami akan terus melabur di Malaysia supaya kami dapat terus memberikan pekerjaan kepada rakyat dan menyumbang kepada ekonomi," katanya.

Ditanya mengenai  tindakan Anggota  Dewan Undangan Negeri Semambu, Lee Chean Chung melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar siasatan yang dijalankan ke atas Lynas mengenai tuduhan penyalahgunaan kuasa, Lacaze berkata 'keadaan ini  bukan baharu bagi mereka'.

"Kami telah menghadapi situasi ini sejak kami memulakan operasi lapan tahun lalu. Kami telah menjalani pemeriksaan dari pelbagai pihak berkuasa dan telah menyediakan penilaian impak alam sekitar kami.

"Kami telah melalui penilaian operasi oleh kerajaan Pakatan Harapan dan  kami membuktikan bahawa operasi kami adalah mengikut undang-undang dan kami beroperasi dengan risiko yang rendah," katanya.

-- BERNAMA 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel