Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Peniaga yong tau fu ditahan edar ganja di Kampung Baru


Tarikh kemaskini: 25/06/2019





KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Aktiviti ?seorang peniaga yong tau fu mencari 'duit lebih'  dengan mengedar ganja di sekitar Kampung Baru di sini dipatahkan apabila ditahan? Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik ?Ibu Pejabat Polis Daerah ?(IPD) ?Dang Wangi??. 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata lelaki warga? tempatan? berusia 33 tahu?n? itu ditahan pada 11.15 malam di Jalan Raja Alang, Kampung Baru? pada Khamis lepas  bersama satu ketulan mampat berisi daun kering disyaki ganja seberat 17.6 gram yang dirampas polis. ?

"??Susulan itu, polis menyebu sebuah premis? di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru kira-kira 11.45 malam hari sama dan merampas ??tujuh ketulan besar mampat dan empat ketulan kecil mampat disyaki ganja dengan anggaran berat sembilan kilogram," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Turut dirampas 3,000 biji pil Erimin 5 dan kesemua hasil rampasan dadah itu dianggarkan bernilai RM67,500, katanya sambil menambah bekalan dadah itu dipercayai datang dari utara tanah air. 

Menurut Mohd Fahmi, lelaki itu dipercayai aktif mengedar dadah kepada remaja yang tinggal di kawasan Kampung Baru serta sekitar Lembah Klang sejak 2014.

?"Siasatan awal mendapati dia bergerak sendirian dengan membungkus ganja yang diperoleh daripada pembekal kepada paket-paket kecil bagi tujuan pengedaran. Hasil pengedaran, dia dipercayai mampu mengutip keuntungan sehingga RM1,000 bagi setiap satu kilogram ganja yang dijual," katanya. 

Suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau dan positif dadah ketika ditahan itu direman tujuh hari bermula 21 Jun dalam kes yang disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel