Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Culas bayar cukai MPT akan dikenakan tindakan CTOS, sekat lesen


Tarikh kemaskini: 25/06/2019




TAWAU, 25 Jun (Bernama) -- Majlis Perbandaran Tawau (MPT) akan melaksanakan penggunaan  Data Systems Sdn Bhd (CTOS) serta i-Sekat terhadap pembayar cukai culas kepada pihak berkuasa tempatan, di sini.

Presidennya, Amrullah Kamal berkata penggunaan dua kaedah itu akan dikuatkuasakan dalam tempoh terdekat bagi menangani masalah kutipan cukai di Tawau.

"Tawau ini banyak tunggakan cukai sehingga mencecah RM16 juta, selain bajet untuk tahun 2020 defisit RM8 juta, ini perkara yang tidak memberangsangkan ke arah kita mahu membangunkan Tawau sebagai Bandar Pintar dan Hijau.

"Sekarang pendekatan kita mahu guna i-Sekat dimana lesen tidak boleh diperbaharui, bayar dulu (cukai) baru kita (MPT) perbaharui (lesen) dan kedua CTOS, memungkinkan tidak boleh membuat pinjaman kewangan," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Amrullah berkata pihaknya  sudah membuat perjanjian bersama platform CTOS untuk melaksanakan tindakan itu.

Dalam pada itu, katanya sebelum ini langkah mengiklankan nama pembayar cukai culas di dalam akhbar juga seolah-olah  kurang berkesan dengan buktinya tunggakan cukai masih tinggi.

“Tunggakan RM16 juta itu, cukai rumah sudah hampir RM15 juta dan selebihnya cukai termasuk lesen," katanya.

Bagaimana pun, menurutnya, MPT sedia berunding untuk meringankan bebas pembayar cukai ini, sama ada membayar secara ansuran atau memberi diskaun kepada faedah.

“Saya harap (pembayar cukai ini) datang segera kepada MPT, defisit bajet MPT telampau tinggi, kalau mereka ini tidak membantu, macam mana mahu membangunkan Tawau ini, sebab mereka ini tinggal di Tawau,” katanya.

--BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Longuin Gilan gigih hasilkan kraftangan pada usia 70 tahun

 
     

Peguam keluarga Nora Anne hadir di Mahkamah Seremban bagi pengurusan kes

 
     

Pengerang jadi bandar pintar dalam tempoh lima tahun

 
     

Influenza: Dua kelas ditutup di Pulau Pinang

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel