Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Maybank International Labuan teruskan inisiatif kerjaya


Tarikh kemaskini: 25/06/2019





LABUAN, 25 Jun (Bernama) -- Maybank International Labuan telah melaksanakan siri kedua meneroka minat kerjaya menerusi pendidikan dengan tajuk 'Industri Kecergasan dan Zumba'.

Inisiatif tersebut berlangsung pada 22 Jun lepas, disertai 60 penerima sumbangan Maybank International dari enam sekolah berasingan iaitu SMK Pantai, SMK Rancha-Rancha, SMK Lajau, SMK Taman Perumahan Bedaun, SM ST Anthony dan SM ST Anne.

Objektif utama program adalah untuk memberi pendedahan terutama mengenai laluan kerjaya yang telah ‘diubah suai’ daripada pekerjaan umum dalam membangunkan pengetahuan, kemahiran dan sikap.

Menerusi proses pengalaman pembelajaran yang distruktur dengan baik, para pelajar diharap mempunyai persepsi lebih luas mengenai skop pekerjaan, justeru dapat membantu mereka dalam mengambil keputusan untuk memilih kerjaya masa depan, kata penganjur dalam satu kenyataan hari ini.

Program itu juga bertujuan membuka minda dan mencetuskan inspirasi mereka dengan menunjuk dan memperkenalkan kepada mereka pilihan pekerjaan pada masa depan, katanya.

Acara itu dianjurkan dengan kerjasama jurulatih zumba Labuan yang memiliki lesen antarabangsa, Pinkie Empire Studio dan pengasas dan pengarah Borneo Combat Gym, Alvin Chong Chung Yee. 

Pihak penganjur berharap sesi pengalaman dan perkongsian itu akan terus memotivasi para pelajar untuk memupuk kemahiran teknikal dan bukan teknikal, selain mencapai kecemerlangan akademik di sekolah.

Sejak diperkenalkan pada 2006, Program Cahaya Kasih Maybank telah berkembang menjadi satu program kesukarelawanan komuniti serantau bagi Kumpulan Maybank, dengan bidang pendidikan sebagai salah satu tonggak utamanya.

Maybank International Labuan telah menghulurkan bantuan kepada para pelajar dari keluarga berpendapatan rendah yang cemerlang dari segi akademik dan ia gembira dengan kemajuan yang telah dicapai mereka dalam beberapa tahun ini.

-- BERNAMA
 

   

 
 
     
   
 

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     

P. Pinang catat 384 kes rogol dari tahun 2014 hingga 2018

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel