Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Paip utama pecah di Loji Rawatan Air Pulau Pinang   


Tarikh kemaskini: 25/06/2019





GEORGE TOWN, 24 Jun (Bernama) -- Kira-kira 200,000 pengguna dijangka mengalami gangguan bekalan berikutan kejadian paip pecah di Loji Rawatan Air Sungai Dua, loji rawatan air terbesar di Pulau Pinang petang tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk Ir Jaseni Maidinsa yang mengesahkan kejadian itu malam ini berkata kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan untuk memulihkan 1100mm bekalan air paip yang terjejas.

"Kami mengalami kecemasan dan sedang melakukan pembaikan paip sekarang," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Kenyataan yang dimuatkan dalam Facebook sebelum ini menyatakan insiden itu menyebabkan pengeluaran air di loji menurun sebanyak 230 juta liter sehari (MLD).

Pengguna air berdaftar di Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan di tanah besar serta kawasan selatan Pulau Pinang berpotensi terjejas akibat gangguan bekalan tidak berjadual, kata kenyataan itu.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Aloysious Jounoh usahawan roti tempatan di Tuaran

 
     

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel