Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Semua institusi pendidikan di Pasir Gudang dtutup esok hingga Khamis


Tarikh kemaskini: 24/06/2019





JOHOR BAHRU, 24 Jun (Bernama) -- Semua institusi pendidikan yang terletak di Pasir Gudang ditutup mulai esok hingga Khamis ini, demikian dimaklumkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor, malam ini.

Pengarahnya, Azman Adnan berkata, penutupan itu melibatkan 111 buah sekolah rendah dan menengah kerajaan, tiga institusi pendidikan tinggi dan 14 buah sekolah swasta dan antarabangsa serta 347 buah tadika swasta yang berdaftar dengan JPN Johor.

“Penutupan itu untuk membolehkan kerja-kerja berkaitan mengatasi isu bahan punca pencemaran dapat diselesaikan oleh pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Justeru, beliau meminta semua pengetua dan guru besar memaklumkan segera kepada semua murid, guru dan ibu bapa serta kakitangan dalam kawalan mereka dan mengambil tindakan susulan berkaitan penutupan itu.

Menurutnya, jabatan itu akan sentiasa membuat pemantauan rapi dan membantu sekolah-sekolah bagi memastikan kesejahteraan murid-murid berada dalam keadaan yang terbaik.

Beliau juga menyeru agar sama-sama berdoa agar insiden pencemaran itu akan dapat diatasi segera dan sekolah akan dapat beroperasi seperti biasa demi kebaikan para murid.            

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel