Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

YZD dilantik untuk sediakan pelan induk pelancongan Pulau Pinang


Tarikh kemaskini: 24/06/2019





GEORGE TOWN, 24 Jun (Bernama) --  YZD Planning & Consult (YZD) telah dilantik sebagai perunding untuk Pelan Induk Pelancongan Pulau Pinang, sebuah rancangan menyeluruh untuk kerajaan negeri membangunkan sektor pelancongan di negeri ini dari 2019 hingga 2030.

YZD, ialah sebuah agensi perunding bebas berdaftar dengan Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP), yang mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam perancangan bandar dan pembangunan pelancongan, termasuk satu projek pelancongan di Port Dickson. 

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan negeri, Yeoh Soon Hin berkata YZD dipilih daripada kalangan sembilan syarikat yang menghantar cadangan mereka daripada Permintaan Untuk Cadangan (RFP) yang diadakan sejak Disember tahun lepas.

“Selepas dua (peringkat) penilaian, YZD dipilih berdasarkan beberapa faktor seperti kefahaman mendalam terhadap trend pasaran Pulau Pinang, pengalaman berkaitan subjek dan kelayakan, latar belakang, pengetahuan dan kemahiran dalam penyelidikan, kata Yeoh di majlis menandatangani Pelan Induk Pelancongan Pulau Pinang, di sini malam ini.

Terdahulu, Yeoh mewakili Penang Global Tourism (PGT) menandatangani perjanjian rasmi dengan YZD, diwakili Pengarahnya Yuzaini Damanhuri, yang disaksikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow. 

Sementara itu, Perunding Utama YZD Badaruddin Mohamed berkata mereka diberi tempoh selama enam bulan bermula dari bulan ini untuk menyediakan cadangan bagi pelan induk itu.

Beliau berkata persediaan termasuk membangunkan satu pelan kerja yang menggariskan matlamat, objektif, strategi dan melaksanakan analisis SWOT (kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman) untuk merangsang pertumbuhan dan pembangunan industri.

“Kami akan melaksanakan enam ke tujuh perbincangan kumpulan tumpuan dengan pemegang kepentingan kami sepanjang penyelidikan, seperti kerajaan negeri, badan bukan kerajaan, peserta industri pelancongan dan media,” katanya. 

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

KYP Advanced Skills dialukan dalam penubuhan De' Royal Azizah Culinary School

 
     

Pindaan kaedah ujian memandu untuk laksanakan e-testing - Loke

 
     

Kejayaan sesuatu penyampaian diukur kepuasan pelanggan - Aminuddin

 
     

Pasukan bola sepak Sabah, peserta Unduk Ngadau sertai perarakan Hari Kebangsaan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel