Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kawasan Sungai Kim Kim telah dibersihkan sepenuhnya - Zuraida


Tarikh kemaskini: 24/06/2019





 

PUTRAJAYA, 24 Jun (Bernama) -- Kawasan Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor yang tercemar berikutan pembuangan sisa kimia sebelum ini telah dibersihkan sepenuhnya, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata sisa berbahaya yang terkumpul telahpun dibawa ke Pusat Pelupusan Kualiti Alam untuk dihapuskan.

Zuraida berkata demikian dalam satu kenyataan bagi memperbetulkan kenyataan awalnya kepada media hari ini yang menyebut kes pelajar sekolah di Pasir Gudang mengalami sesak nafas dipercayai berpunca dari  sisa bahan kimia dari Sungai Kim Kim yang tidak diurus dengan baik.

Menurut Zuraida, beliau memperbetulkan beberapa fakta terdahulu berikutan maklumat terkini yang baru diterima.

Zuraida dalam kenyataan terdahulu dilaporkan berkata siasatan awal bomba mendapati bahan kimia daripada sisa toksik yang diserahkan kepada kontraktor pembersihan masih terbiar dan tidak dihapuskan sepenuhnya.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin sebelum ini dilaporkan mengesahkan Sungai Kim Kim telah bersih dan selamat setelah beberapa hari melalui kerja-kerja pembersihan.

Proses pembersihan sungai di kawasan terjejas sepanjang 1.5 kilometer yang bermula 13 Mac itu, berakhir sepenuhnya pada 17 Mac, melibatkan pelbagai pihak termasuk tiga kontraktor yang dilantik serta pihak berkuasa seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel