Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis Perak tangkap 150 individu terlibat judi haram


Tarikh kemaskini: 24/06/2019





IPOH, 24 Jun (Bernama) -- Polis Perak menangkap 150 individu dipercayai terlibat dalam kegiatan perjudian haram di seluruh negeri bagi tempoh 17 Jun sehingga semalam melibatkan 124 serbuan dalam usaha membanteras aktiviti tersebut. 

Timbalan Ketua Polis negeri Datuk Lim Hong Shuan berkata 15 serbuan dilakukan oleh JSJ negeri; 13 serbuan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh dan Taiping, IPD Hilir Perak (12); IPD Manjung dan Muallim (lapan). 

Sementara itu, tujuh serbuan masing-masing oleh IPD Sungai Siput, Kampar dan Perak Tengah (tujuh); IPD Tapah, Kuala Kangsar, Batu Gajah, Kerian dan Gerik (enam) serta dua serbuan dilakukan oleh IPD Selama dan Pengkalan Hulu.

"Hasil serbuan yang dijalankan, seramai 150 ditangkap melibatkan rampasan wang berjumlah RM30,946," katanya dalam kenyataan di sini, malam ini. 

Lim berkata dalam serbuan itu, 79 serbuan membabitkan judi ekor haram, judi dalam talian (28); bookie kuda (16) serta satu serbuan melibatkan judi dalam bangunan," 

Lim berkata polis sentiasa meneruskan pemantauan kegiatan perjudian pusat hiburan keluarga atau premis yang menjalankan kegiatan perjudian atau judi dalam talian yang menggunakan komputer atau komputer riba.

"Tindakan berterusan akan turut diambil sekiranya terdapat sebarang maklumat berkaitan kegiatan ini sama ada di dalam premis atau di tempat bebas," katanya.

Sementara itu, Lim berkata indeks jenayah di negeri ini mencatatkan penurunan sebanyak 2,366 kes bagi tempoh 1 Jan sehingga semalam berbanding 2,445 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Katanya jumlah itu menunjukkan penurunan sebanyak 79 kes bersamaan dengan 3.23 peratus.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     

Seramai 70 peserta sertai Raleigh Borneo Expedition 2019

 
     

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel