Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis buru lelaki memandu dalam keadaan mencurigakan di Kuala Kangsar


Tarikh kemaskini: 24/06/2019





KUALA KANGSAR, 24 Jun (Bernama) -- Polis sedang memburu seorang suspek lelaki yang melarikan diri selepas cuba ditahan ketika memandu dalam keadaan mencurigakan di Jalan Raja Idris, berhadapan Hospital Kuala Kangsar, malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Razali Ibrahim berkata suspek berumur 27 tahun itu melepaskan diri manakala rakannya berusia 18 tahun berjaya ditahan selepas kenderaan dinaiki mereka terhenti setelah merempuh beberapa kenderaan. 

"Dalam kejadian 11 malam itu, kedua-dua suspek dilihat dalam keadaan mencurigakan menaiki sebuah kereta jenis Honda dan sebaik polis cuba menahan kenderaan itu, suspek memecut laju kenderaan berkenaan.

"Kereta dipandu melawan arus menyebabkan anggota polis yang melakukan rondaan mengarahkan mereka berhenti, namun suspek memecut sehingga kereta itu melanggar beberapa kenderaan lain termasuk motosikal sebelum akhirnya terhenti," katanya ketika dihubungi. 

Beliau berkata siasatan polis mendapati suspek yang melarikan diri itu mempunyai 15 rekod jenayah lampau berkaitan samun, curi kereta dan pecah rumah, manakala rakannya tidak mempunyai rekod jenayah tetapi positif dadah.

Katanya pemeriksaan polis dalam kereta Honda menemukan sepucuk pistol palsu, sejumlah kecil dadah jenis ganja serta syabu selain vest polis dan dipercayai mereka merancang melakukan jenayah. 

Razali berkata suspek yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 307 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan serta Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960.

-- BERNAMA 


 

   

 
 
     
   
 

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel