Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tiga maut nahas jalan raya di Gerik


Tarikh kemaskini: 24/06/2019





GERIK, 24 Jun (Bernama) -- Tiga maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dan sebuah bas persiaran di Jalan Raya Gerik-Kupang, Baling berhampiran Simpang Kampung Tanjong Kala di sini, lewat hari ini.  

Ketua Balai Bomba Gerik Azizul Aswad Asaris berkata pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu kira-kira pukul 5.11 petang sebelum sebuah jentera dengan tujuh anggota dikejarkan ke lokasi. 

Katanya, setiba di lokasi, pihak bomba mendapati tiga daripada empat yang menaiki Perodua Myvi telah meninggal dunia, manakala seorang lagi parah akibat tersepit.  

Katanya, mangsa yang maut dikenali sebagai Muhamad Syahidi Ahamad Kamil dan Tengku Khairul Amirin Tengku Kamarudin masing-masing berumur 24 tahun, manakala identiti seorang lagi tidak diketahui, sementara yang parah adalah Muhammad Shahrin Rasid, 24.

“Penumpang bas tidak mengalami kecederaan. Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Gerik serta mangsa yang meninggal diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini, malam ini. 

-- BERNAMA 

 


 

   

 
 
     
   
 

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel