Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

JPJ Terengganu senarai hitam 256 pemandu kereta klon


Tarikh kemaskini: 24/06/2019





KUALA TERENGGANU, 24 Jun (Bernama) -- Seramai 256 pemandu kereta klon telah disenaraihitam sejak 2015 hingga Mei tahun ini kerana gagal hadir ke mahkamah, kata Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Zulkarnain Yasin.

Beliau berkata kesemua pemandu yang disenaraihitam tidak boleh memperbaharui cukai jalan dan lesen serta melakukan semua urusan lain berkaitan JPJ sehingga kes mahkamah tersebut diselesaikan.

"Dari 2015 sehingga Mei tahun ini, sebanyak 51 kes kereta klon di Terengganu berjaya diselesaikan dan pemandu telah membayar denda di mahkamah dengan jumlah keseluruhan RM384,900," katanya kepada pemberita pada majlis jamuan Aidilfitri JPJ Terengganu, di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau menyarankan orang ramai yang membeli kenderaan dengan harga murah 50 peratus berbanding harga pasaran agar membuat pemeriksaan di JPJ.

"Khidmat pemeriksaan disediakan secara percuma oleh Bahagian Kejuruteraan Automotif jabatan itu bagi membantu orang ramai supaya tidak tertipu oleh sindiket kereta klon.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel