Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

ADUN Kuah sangkal dakwaan masalah dadah parah di Langkawi


Tarikh kemaskini: 24/06/2019





ALOR SETAR, 24 Jun (Bernama) -- Laporan berita mengenai masalah dadah yang parah di Pulau Langkawi adalah tidak tepat bagi menggambarkan keadaan sebenar yang berlaku di kawasan itu, kata Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuah Mohd Firdaus Ahmad.

Beliau berkata dakwaan itu merupakan satu tuduhan yang bersifat politik oleh pihak tertentu kerana pada masa ini, Langkawi dipimpin Anggota Parlimen Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Perdana Menteri.

“Isu dadah ini berlaku di setiap daerah dan negeri tetapi menyamakan keadaan dadah di Langkawi sama seperti ‘Mexico Malaysia’ adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan tidak sepatutnya dilakukan kerana ia seolah-olah menjurus kepada ketidakcekapan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“PDRM dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Langkawi sentiasa bekerja keras memantau kegiatan penyalahgunaan dadah dan saya juga kerap turut bersama-sama dalam operasi yang dijalankan,” katanya pada sidang akhbar di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan berita bertajuk ‘Masalah Dadah di Langkawi Parah’ yang disiarkan sebuah akhbar, semalam yang memetik kenyataan bekas Anggota Parlimen Langkawi Datuk Nawawi Ahmad.

Mengulas lanjut, Mohd Firdaus berkata pasukan Polis Marin bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) juga menjalankan operasi secara konsisten di kawasan perairan bagi mengekang kemasukan bot-bot yang membawa dadah dari luar ke pulau itu.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     

Seramai 70 peserta sertai Raleigh Borneo Expedition 2019

 
     

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel