Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

12 individu ditahan terlibat kegiatan perjudian


Tarikh kemaskini: 24/06/2019





KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Polis menahan 12 individu termasuk dua warga Indonesia kerana disyaki terbabit dengan kegiatan judi dalam talian dan penjualan nombor loteri awam tanpa lesen dalam 10 serbuan berasingan sekitar Sentul, minggu lepas. 

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP S Shanmugamoorthy Chinniah berkata serbuan tersebut dijalankan selama lima hari bermula Rabu lepas oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.

“Sepuluh individu berusia 20 hingga 57 tahun ditahan kerana terlibat dengan aktiviti penjualan nombor loteri secara haram, manakala dua warga Indonesia berusia 30 dan 32 tahun ditangkap kerana terbabit dengan kegiatan judi dalam talian,” katanya pada sidang media di IPD Sentul, di sini, hari ini.

Beliau berkata polis turut merampas 15 telefon bimbit pelbagai jenama, lapan unit komputer riba dan wang tunai berjumlah RM1,755 

“Pemantauan berterusan akan dilakukan bagi mengumpul maklumat untuk mengenal pasti dalang sindiket perjudian di kawasan ini.

Orang awam diminta menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan judi dalam talian dan penjualan nombor loteri awam secara haram supaya tindakan cepat dan berkesan dapat dilaksanakan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM10,000 dan tidak lebih RM100,000 bagi setiap mesin judi dirampas, dan dikenakan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun, katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel