Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

NIOSH sedia khidmat analisis latihan secara percuma kepada industri di Sabah


Tarikh kemaskini: 24/06/2019





KOTA KINABALU, 24 Jun (Bernama) -- Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) bersedia memberi khidmat nasihat analisis keperluan latihan secara percuma bagi mewujudkan budaya Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (KKP) di setiap organisasi di Sabah.

Pengerusi NIOSH, Tan Sri Lee Lam Thye berkata ia sebahagian daripada usaha institusi itu membantu organisasi di negeri ini meningkatkan tahap keselamatan yang lebih baik di tempat kerja.

“Selepas berbincang dengan pihak pengurusan Niosh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, kami telah mengambil keputusan bahawa Niosh akan memperluaskan aktiviti khidmat rundingan di Sabah.

“Khidmat rundingan ini akan diberi kepada mana-mana industri yang memerlukan kemahiran atau bantuan dalam bidang tertentu mengenai KKP dan pihak industri boleh berhubung dengan Niosh di Sabah,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka sambutan Hari Raya Aidilftri Niosh Sabah di sini, hari ini.

Yang turut hadir Pengurus Niosh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Wan Sarman Sarkan.

Dalam pada itu, Lee berkata Niosh akan menawarkan kursus yang dilihat mampu meningkatkan kompetensi pihak industri di negeri ini iaitu kursus bekerja selamat di tempat tinggi, kursus pengendalian trak angsun dan kursus pengendalian selamat jet air tekanan tinggi.

Beliau berkata, tahap kesedaran dalam KKP masih rendah di negeri ini dan Niosh berharap pihak industri akan mengambil peluang untuk menyertai kursus yang dijalankan oleh Niosh.

Bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini Niosh telah melaksanakan 295 kursus melibatkan 5,794 peserta berbanding 224 kursus melibatkan 4,147 bagi tempoh yang sama pada tahun lepas.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Seksyen 5 tol WCE dibuka mulai 10 malam ini

 
     

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel