Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kedai emas disamun dua lelaki bersenjatakan tukul besi


Tarikh kemaskini: 24/06/2019





KLUANG, 24 Jun (Bernama) -- Sebuah kedai emas di Jalan Station, di sini, disamun dua lelaki bersenjatakan dua tukul besi dalam kejadian petang ini.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohd Abduh Ismail berkata suspek bertindak memecahkan cermin pameran di dalam premis dan mengambil rantai leher, gelang serta loket emas dalam kejadian kira-kira 2.40 petang itu, sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal jenis Honda EX5 berwarna biru.

“Pusat Kawalan Kluang dimaklumkan mengenai kejadian pada 2.55 petang melalui talian MERS 999.

“Suspek merupakan dua lelaki memakai topi keledar berwarna biru dan merah, berpakaian hitam serta berbadan kurus dengan ketinggian kira-kira 170 sentimeter,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohd Abduh berkata jumlah kerugian belum diketahui dan kes berkenaan sedang disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana rompak berkumpulan dan dengan bersenjata.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Mohd Hafizzam Semain di talian 018-942 3770 atau talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang 07-7784222 bagi membantu siasatan.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel