Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pemuda Pakatan Harapan hantar surat desak RoS ambil tindakan terhadap UMNO


Tarikh kemaskini: 24/06/2019





PUTRAJAYA, 24 Jun (Bernama) -- Pemuda Pakatan Harapan (PH) hari ini menghantar surat kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mendesak tindakan tegas dikenakan terhadap UMNO, susulan pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa beberapa cawangan parti berkenaan, menerima wang berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Ketua Penerangannya Ulya Aqamah Husamudin ketika ditemui selepas menghantar surat berkenaan kepada RoS di sini berkata Pemuda PH meminta RoS melakukan siasatan ke atas UMNO, seiring dengan siasatan SPRM.

Menurutnya, wang sebanyak RM212 juta yang ingin dituntut SPRM daripada UMNO, sepatutnya digunakan untuk pembangunan negara dan rakyat sebaliknya disalahguna oleh UMNO. 

 -- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Seksyen 5 tol WCE dibuka mulai 10 malam ini

 
     

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel