Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tiga penyelidik UniMAP wakili Malaysia ke Euwiin, London


Tarikh kemaskini: 24/06/2019





KANGAR, 24 Jun (Bernama) -- Tiga penyelidik wanita Pusat Kecemerlangan Geopolimer dan Teknologi Hijau (CEGeoGTech) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan mewakili Malaysia ke ‘European Union of Woman Inventors & Innovators Network (EUWIIN)’ di London, pada 27 dan 28 Jun ini.

Mereka ialah Dr Zarina Yahya, Dr Rafiza Abdul Razak dan Dr Alida Abdullah yang bertanding dalam tiga platform berbeza dengan mempertaruhkan penyelidikan dan inovasi masing-masing berasaskan teknologi hijau dalam pembinaan.

Pengurus CEGeoGTech UniMAP, Prof Madya Dr Mohd Mustafa Al-Bakri Abdullah berkata pertandingan itu bertujuan mengurangkan isu ketaksamaan gender dan pada masa sama meningkatkan lagi keupayaan dan potensi saintis wanita di persada dunia.

“Ketiga-tiga penyelidik itu layak ke pusingan akhir selepas melepasi peringkat saringan yang disertai penyelidik dari 30 negara,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Pertandingan itu mempunyai prestij kerana menghimpunkan penyelidik, saintis dan ahli korporat terkenal dari seluruh dunia.

Sementara itu, Rafiza berkata projek beliau ialah menghasilkan bahan pembinaan untuk membantu masyarakat dengan menghasilkan batu tiruan menggunakan lumpur gunung berapi di Sidoarjo, Indonesia.

Beliau berkata, bahan itu adalah untuk menggantikan batuan semula jadi bagi menghasilkan konkrit dengan kerjasama penyelidik Petra Christian University, Surabaya.

Alida pula menghasilkan batu tiruan ringan menggunakan sisa sistem janakuasa elektrik untuk kegunaan struktur konkrit sebagai penebat haba, dan produk itu dapat membantu mengurangkan kesan cuaca sama ada sejuk atau panas terhadap bahan binaan.

“Penggunaan produk ini dalam industri pembinaan memberi Keselesaan Therma (Thermal Comfort) yang dipengaruhi dengan kadar haba dialirkan, disebarkan atau diserap dalam industri pembinaan,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     

Seramai 70 peserta sertai Raleigh Borneo Expedition 2019

 
     

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel