Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pencemaran udara Pasir Gudang: Sembilan tabika perpaduan ditutup


Tarikh kemaskini: 24/06/2019





JOHOR BAHRU, 24 Jun (Bernama) -- Sembilan tabika perpaduan sekitar Pasir Gudang, dekat sini, antara yang diarah tutup berikutan pencemaran udara yang berlaku sejak lima hari lepas.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial), Datuk Wira Dr Md Farid Md Rafik berkata, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (Perpaduan) telah membuat pemantauan yang rapi mengenai kes sesak nafas dan muntah-muntah yang berlaku di beberapa sekolah di kawasan Pasir Gudang.

“Untuk memastikan keselamatan murid terutama di kawasan tercemar, saya mengarahkan Perpaduan Johor untuk menutup sementara tadika di kawasan terlibat.

“Ini selaras dengan arahan penutupan kelas oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi semua Sekolah Kebangsaan, Sekolah Menengah Kebangsaan, Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta dan Tadika Kerajaan serta Swasta yang berada dalam radius kawasan pencemaran bermula 23 (Ahad) hingga 27 Jun 2019 (Khamis),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut  Anggota Parlimen Tanjung Piai itu, pihak jabatan akan terus membuat pemantauan rapi dan melihat perkembangan semasa mengenai perkara ini. 

“Sekiranya terdapat keperluan, penutupan sementara pengoperasian kelas-kelas ini akan dilanjutkan dan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” kata Md Farid.

Tabika-tabika perpaduan (TP) yang terlibat ialah TP Taman Scientex A, TP Taman Scientex B, TP Zon Sentosa A, TP Zon Sentosa B, TP Taman Nusa Damai, TP Taman Tg Puteri Resort A, TP Taman Tanjung Puteri Resort B, TP Perjiranan 8A dan TP Perjiranan 8B.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Karnival Amal Merdeka Kuala Pilah 2019 pada 23-25 Ogos

 
     

Kementerian Pendidikan galakkan pihak swasta ketengahkan ilmu robotik di sekolah tahfiz

 
     

Sultan Ibrahim lancar buku Kembara Mahkota Johor 2001-2018

 
     

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel