Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MAM - Badan pengelola baharu sukan permotoran negara


Tarikh kemaskini: 24/06/2019





KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) --Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) diiktiraf sebagai badan pengelola sukan bermotor Malaysia yang  baharu bagi menggantikan Persatuan Automobil Malaysia (AAM) yang sudah dibatalkan pendaftarannya tahun lalu.

Justeru, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) bersetuju MAM mengambil alih peranan sebagai badan induk sukan permotoran negara dengan serta-merta.

FIA, badan induk  sukan permotoran empat roda, dalam kenyataan bertarikh 18 Jun lalu, berkata mereka telah memutuskan untuk mewakilkan tugas AAM kepada MAM yang diterajui presiden Tan Sri Mokhzani Mahathir, sebagaimana tertakluk dalam Perkara 5.2 dan 16.3 Statut FIA.

Setiausaha Agung FIA Bahagian Sukan Permotoran, Peter Bayer, berkata sebarang perkembangan lanjut mengenai perkara ini akan dibentangkan pada mesyuarat Majlis Sukan Permotoran Dunia akan datang, Oktober ini.

Beliau berharap MAM akan mengambil semua langkah sewajar sebagai badan berkuasa sukan permotoran di Malaysia.

Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia membatalkan pendaftaran AAM pada 30 Nov 2018 ekoran kegagalan mematuhi pelbagai peraturan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997.

Sementara itu, Mokhzani mengalu-alukan pengiktirafan FIA itu, sambil menyatakan keutamaan badan induk baharu itu adalah untuk memastikan sukan permotoran negara terus berkembang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

”Adalah penting bagi Malaysia mempunyai sebuah badan pengelola bagi melaksanakan aktiviti sukan permotoran serta menyokong pembangunan sukan itu serta memberi pengiktirafan kepada acara berkaitan permotoran.

"Kami akan melakukan yang terbaik untuk memastikan sukan permotoran Malaysia menerima khidmat terbaik daripada kami,” katanya.

 -- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     

SPR terpaksa guna pakai persempadanan semula tahun lepas

 
     

Pemanis sokong saranan Anwar Ibrahim semua majlis anjuran kerajaan wajib guna Bahasa Melayu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel