Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mayat lelaki ditemui terapung di tali air


Tarikh kemaskini: 24/06/2019





KUALA TERENGGANU, 24 Jun (Bernama) -- Mayat seorang lelaki ditemui terapung di tali air di Kampung Gong Baru, di sini kira-kira pada 7.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abd Rahim Md Din berkata mayat berkenaan ditemui oleh seorang pemancing yang kemudiannya bertindak menghubungi polis melalui panggilan kecemasan MERS 999.

Beliau berkata pemeriksaan berjaya menemui beg duit mangsa dan mendapati tiada sebarang unsur atau kesan jenayah pada tubuh lelaki itu.

"Mangsa yang ditemui dalam keadaan tertiarap dan terapung di air telah dibawa naik ke darat oleh pihak bomba dan berdasarkan dokumen pengenalan diri, alamat terakhir mangsa ialah di Kampung Tok Adis, Kuala Ibai," katanya ketika dihubungi Bernama.

Abd Rahim berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel