Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Baja bersubsidi bernilai RM100,000 dirampas


Tarikh kemaskini: 24/06/2019





YAN, 24 Jun (Bernama) -- Sebanyak 96,000 kilogram baja bersubsidi dianggarkan bernilai RM100,000 dan dipercayai diselewengkan, dirampas dalam satu serbuan ke atas sebuah premis di Jalan Sedaka dekat sini, hari ini.

Serbuan dilakukan oleh pegawai dan anggota daripada beberapa agensi iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Jabatan Imigresen Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 11 pagi tadi.

Sumber KPDNHEP berkata, baja berkenaan disimpan dalam premis terbabit iaitu sebuah gudang haram untuk proses pembungkusan semula sebelum dijual.

“Hasil serbuan itu pihak penguatkuasa mendapati sejumlah unit baja pelbagai jenama disyaki dibungkus semula daripada baja subsidi yang dibeli daripada orang tengah dengan harga antara RM10 hingga RM15 bagi sekampit guni baja seberat 25 kilogram itu.

Kemudian pihak tidak bertanggungjawab ini membungkus semula baja itu dalam gudang haram ini untuk dijual semula pada harga lebih RM100 bagi setiap 50 kilogram baja tersebut,” katanya kepada pemberita di lokasi serbuan itu di sini, hari ini.

Sumber tersebut turut memaklumkan bahawa pemilik baja tersebut tidak memiliki sebarang lesen berkaitan penyimpanan baja termasuk lesen borong baja yang merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Dalam operasi berkenaan, pemilik premis terbabit yang merupakan seorang lelaki berusia 36 tahun turut ditahan dan sebuah treler dengan anggaran nilai RM150,000 turut dirampas.

“Kesalahan dikesan di bawah Peraturan 3(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan tanpa kebenaran pengawal bekalan, Seksyen 20 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana mengalihkan barang kawalan dan Seksyen 21 akta sama kerana dengan niat melakukan kesalahan itu,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP Datuk Iskandar Halim Sulaiman mengesahkan rampasan dan serbuan berkenaan.

Dalam pada itu, Pengarah Imigresen Kedah Zuhair Jamaludin ketika dihubungi mengesahkan empat lelaki warga Pakistan berumur antara 21 hingga 27 tahun yang merupakan pekerja di premis terbabit juga ditahan pihaknya kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

KYP Advanced Skills dialukan dalam penubuhan De' Royal Azizah Culinary School

 
     

Pindaan kaedah ujian memandu untuk laksanakan e-testing - Loke

 
     

Kejayaan sesuatu penyampaian diukur kepuasan pelanggan - Aminuddin

 
     

Pasukan bola sepak Sabah, peserta Unduk Ngadau sertai perarakan Hari Kebangsaan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel