Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

10 individu ditahan jalankan kegiatan judi haram


Tarikh kemaskini: 24/06/2019





KEPALA BATAS, 24 Jun (Bernama) -- Polis menahan lapan lelaki dan dua wanita kerana menjalankan kegiatan judi loteri haram dan judi dalam talian, melalui Ops Dadu Khas di sekitar daerah Seberang Perai Utara (SPU), di sini semalam.

Ketua Polis Daerah SPU ACP Noorzainy Mohd Noor berkata 10 individu berusia 36 hingga 59 tahun itu ditahan selepas polis menjalankan pemeriksaan di 10 lokasi berbeza di sekitar Kepala Batas, Butterworth dan Mak Mandin bermula pukul 10 pagi hingga 7 petang.

"Berdasarkan siasatan, mereka merupakan penganjur judi loteri haram dan judi top up dan susulan pemeriksaan itu polis turut merampas lima buah telefon bimbit, tiga buah pencetak mudah alih, 19 keping keping kertas bercetak angka, kalkulator serta wang tunai RM832," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua yang ditahan itu, direman tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 4A(a) dan 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel