Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Angkasa mahu jadikan Kedah hub pengeluaran jagung bijirin


Tarikh kemaskini: 24/06/2019





YAN, 24 Jun (Bernama) -- Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) bercadang menjadikan Kedah sebagai hub pengeluaran jagung bijirin selepas projek tanaman itu di Napoh dekat Jitra mengeluarkan hasil pada September ini.

Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata menerusi usahasama yang baik antara pihaknya dengan syarikat perladangan, Famox Plantation (M) Sdn. Bhd, projek itu diyakini mampu mengurangkan kebergantungan negara terhadap import bijirin bagi kegunaan makanan ternakan tempatan.

Katanya sehingga kini tanaman jagung di kawasan tanah seluas 83 hektar menunjukkan pertumbuhan yang memberangsangkan dan Angkasa akan memperluaskan tanaman itu di daerah-daerah lain dengan anggaran peruntukkan keseluruhan berjumlah RM1.7 juta.

“Kerjasama kita dengan Famox Plantation (M) Sdn Bhd pada Mei lalu telah menampakkan hasilnya apabila kita menjangkakan dapat menghasilkan kira-kira 520 tan metrik jagung bijirin dengan pulangan kepada koperasi sebanyak RM1.2 juta.

“Ianya projek fasa pertama dengan peruntukkan kira-kira RM700,000, InsyaAllah kita bersedia untuk memperluaskan tanaman ini di kawasan lain dengan  kerjasama kerajaan negeri Kedah yang menunjukkan minat berkenaan industri tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Angkasa negeri Kedah di sini, hari ini.

Abdul Fattah berkata sekiranya projek tersebut berjaya mencapai objektif yang disasarkan, Angkasa berhasrat mengembangkannya dengan penglibatan 12 buah koperasi di kawasan lain yang akan ditentukan kemudian.

“Dengan penghasilan sendiri jagung bijiran ini, saya percaya ramai penternak di negeri ini akan mudah mendapatkan produk tersebut dengan harga lebih murah dan halal dan pada masa sama ia dapat menambahkan hasil kepada anggota koperasi,” katanya.

Menurutnya ketika ini negara mengimport bekalan jagung bijirin mencecah RM3.9 bilion dalam usaha menampung permintaan makanan ternakan di pasaran tempatan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     

Ibu mati, anak OKU dijumpai dahaga lapar dalam rumah di Skudai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel