Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

JPJ Kelantan bakal perluas bidang kuasa PBT laksana undang-undang trafik


Tarikh kemaskini: 24/06/2019





KOTA BHARU, 24 Jun (Bernama) -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan akan memperluaskan bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam menguatkuasakan undang-undang lalu lintas di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 di negeri ini.

Pengarahnya Mahasan Mustapa berkata JPJ telah mengadakan dua mesyuarat dengan Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandaraya Islam (MPKB-BRI) sebelum ini berhubung perkara itu.

”Berdasarkan perbincangan setakat ini perluasan kuasa PBT tersebut dijangka akan dimuktamadkan hujung tahun ini. Apabila ia dilaksanakan PBT mempunyai kuasa melakukan penguatkuasaan bagi kesalahan trafik: di kawasan masing-masing termasuk membabitkan kesalahan parkir", katanya kepada pemberita di Majlis Sambutan Aidilfitri jabatan itu di sini, hari ini.

Mahasan berkata perluasan kuasa yang diberikan kepada PBT bukan perkara baru kerana  beberapa negeri termasuk Kuala Lumpur dan Putrajaya telah melaksanakannya.

Mengulas berhubung penggunaan cermin gelap yang mula dikuatkuasakan 8 Jun lepas, beliau berkata JPJ Kelantan masih belum menerima sebarang permohonan daripada orang ramai yang ingin menggunakan cermin gelap untuk keseluruhan kenderaan.

"Permohonan bagi pemasangan cermin gelap dibahagian sisi hadapan akan dipertimbangkan berdasarkan faktor keselamatan dan kesihatan namun bayaran akan dikenakan bagi tujuan itu," katanya.

Katanya pemilik kenderaan yang memasang cermin gelap secara keseluruhan tanpa membuat permohonan dan kelulusan JPJ boleh dikenakan saman dan denda sehingga RM300 selepas diberikan amaran.

Kementerian Pengangkutan sebelum ini membenarkan penggunaan cermin gelap   pada bahagian cermin sisi kiri dan kanan penumpang serta belakang kenderaan persendirian berkuat kuasa 8 Mei lepas.

Ia merupakan pindaan ke atas peraturan cermin gelap di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991 yang turut meliputi perkhidmatan e-hailing seperti Grab.

Bagaimanapun penggunaan cermin gelap depan dikekalkan pada 70 peratus, cermin sisi pemandu (50 peratus) dan cermin sisi belakang dan cermin sisi belakang penumpang (30 peratus).

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel