Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Rehda Negeri Sembilan anjur Mapex, HOC 2019


Tarikh kemaskini: 24/06/2019





SEREMBAN, 24 Jun (Bernama) -- Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) cawangan Negeri Sembilan akan menganjurkan Ekspo Hartanah Malaysia (Mapex) dan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) pada 28-30 Jun ini di Seremban Prima, dekat sini.

Pengerusinya, Jenny Wang Lee Peng berkata seramai sembilan pemaju akan terbabit dengan mengetengahkan 1,181 unit hartanah bernilai RM756 juta.

"Jenis kediaman itu merangkumi teres setingkat, dua tingkat dan tiga tingkat, rumah berkembar setingkat dan dua tingkat, banglo dan lot banglo, rumah kedai dan pangsapuri di kawasan seperti Seremban, Seremban 2, Senawang, Sendayan, Lukut, Linggi dan Port Dickson.

"Rehda Negeri Sembilan akan turut menawarkan 15 hadiah cabutan bertuah bernilai RM13,500 untuk 15 pembeli yang berjaya," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata HOC itu akan membantu usaha pemilikan hartanah, sekali gus memberi manfaat kepada pemilik rumah menerusi pelbagai cara termasuk harga diskaun serta lanjutan tempoh duti setem bagi perjanjian pemindahan dan pinjaman untuk hartanah berharga RM300,000 hingga RM2.5 juta.

"Pastikan Perjanjian Jual Beli anda ditandatangani sebelum 30 Jun, 2019 dan serahkan kepada Rehda cawangan Negeri Sembilan sebelum 15 Julai bagi menikmati kesemua ganjaran ini," katanya.

Wang berkata sepanjang tempoh HOC pada 1 Jan-30 Jun tahun ini, para pemaju akan memberi diskaun 10 peratus bagi projek perumahan yang siap atau sedang dimajukan manakala kerajaan pula memberi pengecualian duti setem.

Menurutnya, pusingan pertama acara Mapex dan HOC itu telah diadakan pada 15-17 Mac di Dataran Centrio, Seremban 2 dan mendapat sambutan menggalakkan dengan tempahan 124 unit kediaman bernilai RM45.2 juta.

“Kami menggesa bakal pembeli untuk mengunjungi ekspo ini dan memanfaatkan semua tawaran menarik yang ditawarkan pemaju, HOC dan penganjur," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel