Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Warga Indonesia direman kes ceroboh tempat perkuburan di Bachang


Tarikh kemaskini: 24/06/2019





MELAKA, 24 Jun (Bernama) -- Seorang tukang rumah warga Indonesia direman empat hari bagi membantu siasatan kes pencerobohan di tempat perkuburan dan merosakkan batu nisan di Tanah Perkuburan Islam As-Syakirin, Bachang, Jumaat lepas. 

Tempoh reman sehingga Khamis ini terhadap suspek berumur 46 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah, Syarina Shaarani @ Tan di Kompleks Mahkamah Melaka, Ayer Keroh di sini hari ini. 

Penahanan reman itu dibuat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 297 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun, denda atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan siasatan awal, kira-kira 20 kubur melibatkan kubur baharu dan lama dirosakkan termasuk dipecah-dipecahkan dan batu nisan dicabut serta dipatahkan selain dua kubur telah dibakar.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Mohd Nor Yhazid Idris ketika dihubungi mengesahkan perintah reman tersebut.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel