phOLNWC-wF4 Nilai eksport coklat meningkat sejak 2015
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Nilai eksport coklat meningkat sejak 2015


Tarikh kemaskini: 24/06/2019





KULAI, 24 Jun (Bernama) -- Coklat buatan Malaysia diterima baik di luar negara apabila nilai eksport produk itu menunjukkan peningkatan sejak 2015.

Menteri Industri Utama Teresa Kok Suh Sim berkata nilai eksport coklat meningkat kepada RM1.03 bilion pada 2018 daripada RM868.60 juta pada 2017.

“Manakala bagi suku pertama tahun ini, ia mencatatkan RM233.42 juta,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran produk komoditi dan pelancaran produk koko di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, di sini hari ini.

Beliau berkata, nilai eksport coklat berjumlah RM598.09 juta (2016) dan RM470.99 juta pada 2015.

Kok berkata buat masa ini, coklat negara dieksport ke 128 negara terutama Singapura, Indonesia, Amerika Syarikat, Jepun dan China.

Terdapat 51 syarikat pengeluar coklat di negara ini dengan antara jenama terkenal adalah Beryl's, Fidani dan Harriston, katanya.

Beliau berkata coklat buatan Malaysia setanding produk antarabangsa, justeru itu rakyat negara ini digalakkan membeli serta mempromosikan produk buatan tempatan tersebut.

“Trend pengeluaran coklat sedang berkembang. Jadi, tibalah waktunya untuk warga Malaysia mempromosikan coklat kita. Kita kena sokong industri koko dan coklat negara kita,” katanya.

Selain itu Kok berkata industri koko secara khususnya menyumbang RM5.55 bilion kepada pendapatan eksport negara tahun lepas, yang didorong pembangunan pesat industri hiliran koko.

Beliau berkata kawasan penanaman koko di negara ini melibatkan seluas 12,000 hektar dengan penanaman utama di Ranau di Sabah, Kota Samarahan di Sarawak serta Jerantut dan Kuala Lipis di Pahang.

Tahun lepas, Malaysia muncul sebagai negara pemproses biji koko kedua terbesar di Asia dan ketujuh di dunia dengan menguasai 22 peratus pasaran produk berasaskan koko bagi rantau Asia dan Oceania.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel