Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penyelam dikhuatiri hilang di perairan Miri


Tarikh kemaskini: 24/06/2019





MIRI, 24 Jun (Bernama) -- Seorang penyelam dikhuatiri hilang ketika sedang melakukan selaman di perairan Miri pada 4.10 petang semalam.

Menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam kenyataan, Sim How Hua, 41, seorang lelaki tempatan sedang melakukan selaman rekreasi di lokasi 4.5 batu nautika barat laut Miri ketika kejadian berlaku dan memakai peralatan menyelam yang lengkap.

Operasi mencari dan menyelamat dilancarkan 9.40 malam tadi setelah APMM menerima laporan mengenai kehilangan penyelam itu pukul 9.35 malam dan keluasan sektor pencarian adalah 79 batu nautika persegi.

“Bot peronda milik Maritim KM Stapa telah bergerak ke lokasi kejadian pada 6.45 pagi ini. Selain pasukan selaman APMM, pihak kami turut memohon bantuan pasukan selaman Jabatan Bomba dan Penyelamat,” katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel