Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Insiden sesak nafas: JAS tumpu tapak pelupusan sampah pula


Tarikh kemaskini: 23/06/2019





JOHOR BAHRU, 23 Jun (Bernama) — Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan melakukan pemantauan agresif terhadap tapak pelupusan haram di Pasir Gudang esok, bagi mengenalpasti punca sebenar berlaku  insiden sesak nafas di beberapa buah sekolah sejak Khamis.

Ini susulan JAS percaya tapak pelupusan itu turut berpotensi menyumbang kepada punca kejadian.

Pengarahnya Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata selain tapak pelupusan haram, pihaknya juga akan memeriksa semula kawasan Sungai Kim Kim yang terjejas akibat pembuangan sisa buangan kimia pada Mac lepas.

 “Kita takut orang buang sesuatu somewhere, sebab itu kita akan buat rondaan (pemantauan)  dengan menggunakan drone dan kaedah lain,” katanya yang dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata dijangkakan seramai 150 anggota penguatkuasa akan terbabit dalam operasi tersebut. 

“Kita juga akan mendapatkan bantuan daripada syarikat konsesi JAS untuk menggunakan mobile unit mereka bagi memantau kualiti udara dengan parameter yang lebih menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata buat masa ini, pemantauan pihaknya tertumpu di sekolah yang terjejas dan kilang berdekatan dengan kekerapan pemeriksaan adalah setiap empat jam menggunakan alat ‘multi gas detector’.

— BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel