Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Anwar yakin dengan pelan peralihan kuasa yang berlangsung


Tarikh kemaskini: 23/06/2019





KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau yakin dengan pelan peralihan kuasa yang akan menyaksikan beliau mengambil alih tampuk kepimpinan negara daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya walaupun beliau merasakan tidak perlu untuk bercakap mengenai pelan peralihan itu, beliau sedar memang terdapat banyak spekulasi mengenainya.

“Kami dapati perlu untuk mengesahkan semula kedudukan perkara ini, dan menyuarakan rasa puashati dengan proses peralihan yang berlangsung, (kerana) saya lihat orang ramai cenderung berpandangan negatif, walaupun setelah Perdana Menteri pengulangi pendiriannya mengenai perkara itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa pusat PKR di sini hari ini.

Beliau berkata Dr Mahathir dilihat jujur dan ikhlas dalam perbincangan mereka, terutama dalam setiap pertemuan mereka secara peribadi  

“Saya puas hati, Saya tidak ada sebarang keraguan lagi, bahawa peralihan kuasa ini akan berlangsung,” katanya.

“Setahu saya, ia adalah muktamad,” tambahnya.

Jumaat lepas, Dr Mahathir yang ditemubual dalam satu sesi program ‘The Future of Malaysia and ASEAN’ di Sidang Kemuncak Perniagaan Asean Bloomberg ke-5 di Bangkok, Thailand, mengulangi jaminan bahawa beliau akan berpegang teguh kepada janjinya untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel