Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Imam masjid di Ipoh maut kemalangan


Tarikh kemaskini: 23/06/2019





IPOH, 23 Jun (Bernama) -- Seorang imam Masjid Sultan Azlan Shah di sini maut dalam kemalangan selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan di Kilometer 18, Jalan Keramat Pulai, Simpang Pulai dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Mohd Ali Tamby berkata mangsa, Mokhamad Ngifni Abdul Basir, 33, yang juga pensyarah tahfiz di Institut Tadbiran Islam Perak (Intim) di sini, meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan yang membabitkan tiga buah motosikal dan sebuah lori pada kira-kira 12.42 tengah hari.

"Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha serta abangnya dan seorang rakan yang menunggang motosikal secara berasingan dalam perjalanan pulang dari Cameron Highlands ke Ipoh.

"Sampai di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa hilang kawalan semasa mengambil selekoh dan menuruni bukit lalu dia terjatuh dan terpelanting ke kanan jalan sebelum melanggar bahagian luar tayar belakang lori terbabit yang menghala ke Cameron Highlands," katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Ali berkata rakan mangsa berusia 25 tahun dan merupakan bilal di masjid berkenaan hanya mengalami cedera ringan manakala abang mangsa berusia 35 tahun dan pemandu lori tidak mengalami kecederaan.

Katanya, mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat. 

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     

SPR terpaksa guna pakai persempadanan semula tahun lepas

 
     

Pemanis sokong saranan Anwar Ibrahim semua majlis anjuran kerajaan wajib guna Bahasa Melayu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel