Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Punca sebenar gajah mati di Kluang diketahui tiga bulan lagi 


Tarikh kemaskini: 23/06/2019





KLUANG, 23 Jun (Bernama) --  Punca sebenar kematian tiga ekor gajah di Kampung Sri Timur di sini pada awal bulan ini, akan diketahui dalam masa tiga bulan lagi selepas sampel ginjal dan hati gajah berkenaan selesai dianalisis oleh Jabatan Kimia.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Johor Aminolhuda Hassan berkata, “Daripada siasatan awal pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), tiga gajah terbabit mati akibat termakan racun.

“Kes gajah termakan racun bukan yang pertama di negeri ini, di mana pada tahun lepas terdapat kes seumpamanya di kawasan berhampiran membabitkan seekor gajah jantan,” katanya kepada pemberita di Pejabat Perhilitan Kluang di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Perhilitan Negeri Johor, Salman Saaban. 

 Sementara itu, Salman berkata pasukan bertindak yang akan ditubuhkan penduduk kampung bagi menangani masalah kehadiran gajah boleh memudahkan pihaknya memantau, menjalankan tindakan mitigasi dan langkah pencegahan kawalan gajah di kawasan perkampungan. 

“Setakat ini, terdapat lima kampung atau penempatan yang dikenalpasti sebagai lokasi kerap dikunjungi gajah iaitu Kampung Sri Lukut, Kampung Sri Timur, Felda Kahang Timur, Felda Kahang Barat dan Felda Ulu Dengar. 

Berhubung projek pembinaan fasa pertama santuari gajah yang berkeluasan 57.234 hektar di Kota Tinggi, Aminolhuda berkata ia sedang berjalan dan dijangka diserahkan kepada Jabatan Perhilitan Negeri Johor pada Oktober atau November, tahun ini.

“Tapak Koridor Santuari Gajah berkenaan berkeluasan 438.122 hektar di kawasan Mukim Sungai Ulu Sedili Besar dan Mukim Sungai Johor dan apabila siap akan memberikan fokus kepada pengkayaan habitat dan sumber air di kawasan terbabit," katanya.          

-- BERNAMA 


 

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel