Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MPLPU pandang serius amalan plagiat dikalangan ahli akademik


Tarikh kemaskini: 23/06/2019




ALOR SETAR, 23 Jun (Bernama) -- Majlis Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Awam (MPLPU) memandang serius amalan plagiat atau mencedok karya orang lain yang dilihat semakin berleluasa di kalangan ahli akademik di universiti-universiti di Malaysia.

Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Universiti Utara Malaysia (UUM) yang juga merangkap Pengerusi MPLPU, Datuk Prof Dr Sudin Haron berkata sikap memplagiat hasil kerja orang lain merupakan satu kesalahan yang serius dan perlu diberi perhatian.

"Perbuatan memplagiat itu dianggap telah melakukan kecurangan akademik dan membolehkan siasatan dalaman serta tindakan disiplin dibuat terhadap individu atau kumpulan yang meniru atau menumpang nama pada sesebuah hasil karya orang lain," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai artikel bertajuk 'Publish or Perish, or just steal it. A peek into academic theft in Malaysia universities' di sebuah portal, semalam.

Prof Dr Sudin berkata isu memplagiat hasil kerja orang lain itu perlu diberi perhatian sepenuhnya bagi memastikan pembangunan tamadun modal insan yang berkualiti dan berintegeriti.

"Pada masa ini, setiap universiti mempunyai peraturan yang jelas mengenai perkara itu, malah sudah ada perisian khusus untuk menentukan tahap keaslian sesebuah kerja akademik yang dihasilkan.

"Proses untuk menghapuskan amalan memplagiat ini akan tetap menjadi agenda di masa sekarang dan masa hadapan oleh semua universiti awam Malaysia agar sistem pendidikan negara tidak dipandang rendah," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel