Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Wanita dan anak cedera parah ditetak warga emas


Tarikh kemaskini: 23/06/2019





GEORGE TOWN, 23 Jun (Bernama) -- Seorang wanita dan anak lelakinya mengalami kecederaan parah selepas ditetak teman lelaki wanita itu dalam satu pergaduhan di sebuah rumah di Bandar Baru Air Itam, di sini awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 2.45 pagi selepas lelaki berusia 61 tahun itu menunggu selama kira-kira sejam sebelum teman wanitanya pulang ke rumah, di mana sebaik tiba, pergaduhan mulut berlaku antara mereka dipercayai akibat cemburu.

"Suspek yang marah-marah telah bertindak di luar kawalan apabila mengambil pisau dan terus menetak leher teman wanitanya yang berusia 55 tahun itu," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata anak lelaki wanita itu yang berumur 21 tahun yang menyaksikan kejadian, cuba mempertahankan ibunya, namun dia turut cedera di leher akibat dikelar suspek. 

Che Zaimani berkata kejadian itu turut disedari adik kepada wanita berkenaan yang turut tinggal di rumah yang sama, yang kemudiannya menghubungi polis.

Menurutnya berdasarkan siasatan awal, kejadian dipercayai berlaku apabila lelaki warga emas itu merasa cemburu dengan teman wanitanya, dan wanita itu mempunyai kekasih lain.

"Lelaki itu tinggal serumah dengan wanita berkenaan sejak mereka menjalinkan hubungan cinta, namun mereka tidak berkahwin," katanya dan menambah suspek turut mengalami kecederaan di kepala, badan serta perut ketika bergelut semasa pergaduhan.

"Polis telah menahan lelaki warga emas itu, namun dia masih dirawat di Hospital Pulau Piinang dan polis akan merekodkan keterangan ketiga-tiga mereka bagi membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan," tambahnya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Wakil jabatan audit mengaku rakam mesyuarat "pinda laporan audit 1MDB"

 
     

Pasukan audit 1MDB terkejut dengar gugur penyata kewangan - Saksi

 
     

Johor umum bantuan khas kewangan sebulan gaji buat penjawat awam negeri

 
     

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel