Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pulau pinang lancar projek perintis proses sisa pepejal menjadi biogas


Tarikh kemaskini: 23/06/2019





GEORGE TOWN, 23 Jun (Bernama) -- Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperkenalkan projek perintis memproses sisa makanan menjadi biogas dalam usaha mengurangkan sisa sampah dihantar ke tapak pelupusan sampah di Pulau Burung, Nibong Tebal.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata inisiatif itu diusahakan oleh Kerajaan Negeri bersama Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dalam usaha mencari jalan penyelesaian berhubung sisa sampah dan pada masa sama, projek tersebut boleh menambah pendapatan selepas ia diproses menjadi biogas dan baja.

“Pengasingan sisa makanan boleh dibuat di peringkat dapur dan sisa yang boleh dikitar semula akan dimasukkan dalam mesin pemprosesan untuk dijadikan biogas serta baja selepas siap diproses," kata beliau.

"Tapak pelupusan sampah di Pulau Burung hanya mampu digunakan lebih kurang 30 tahun sahaja lagi dan selepas itu, kita perlu fikirkan cara lain dalam melupuskan sampah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan projek perintis itu di Stesen Pemindahan sisa pepejal batu Maung, dekat sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri Jagdeep Singh Deo dan Datuk Bandar MBPP, Datuk Yew Tung Seang. 

Sementara itu, Chow berkata Kerajaan Negeri menggesa Kerajaan Pusat mengkaji secara terperinci berhubung isu sisa plastik dan sampah yang diimport ke negara ini termasuk Pulau Pinang kerana ia telah mencemarkan imej negeri ini sebagai bersih serta hijau.

Menurutnya, jika Kerajaan Pusat tidak mengambil sebarang keputusan segera ia akan terus mencemarkan persekitaran negara berikutan lambakan sisa-sisa tersebut.

"Sekarang ini banyak kontena yang dipenuhi sisa plastik kotor dari pelbagai negara terkandas di Pelabuhan Pulau Pinang dan ada yang mungkin melihatnya sebagai peluang perniagaan tetapi ia tidak diurus dengan baik," katanya.

Beliau berkata lambakan kontena itu memberi kesan kepada persekitaran dan merosakkan imej negara termasuk Pulau Pinang. Justeru, Kerajaan Negeri berharap Kerajaan Pusat dapat mengambil tindakan segera bagi menangani perkara tersebut. 

-- BERNAMA 


 

   

 
 
     
   
 

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel