Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Perjanjian PAS-UMNO selepas wujud persefahaman


Tarikh kemaskini: 23/06/2019





KUANTAN, 23 Jun (Bernama) -- Hubungan PAS dan Umno ketika ini berada di peringkat ‘kerjasama’, dan perbincangan lanjut akan diadakan bagi mewujudkan satu perjanjian politik, yang hanya akan dimeterai selepas PAS benar-benar yakin wujud persefahaman antara kedua-dua parti, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Yang penting persefahaman dahulu, sebelum tandatangan (perjanjian)," katanya kepada pemberita selepas berakhirnya Muktamar Tahunan PAS ke-65 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya bilakah pemeteraian perjanjian politik dengan UMNO akan dilakukan.

Muktamar yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lalu antara lain meluluskan usul supaya pimpinan PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama memeterai perjanjian politik dengan UMNO selain menyaksikan kebanyakan jawatan penting parti berkenaan dimenangi tanpa bertanding dalam pemilihan.

Menyentuh kegusaran segelintir anggota parti mengenai kemungkinan parti itu dikhianati sekali lagi oleh UMNO, Abdul Hadi menyifatkannya sebagai "suara terpencil", dan pihaknya telah turun ke negeri-negeri untuk berdialog bagi menerangkan soal kerjasama itu. 

Dalam pada itu, Abdul Hadi mengumumkan Datuk Takiyuddin Hassan dilantik sekali lagi sebagai Setiausaha Agung PAS manakala Kamaruzaman Mohamad sebagai Ketua Penerangan menggantikan Nasruddin Hassan Tantawi.  

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel